Objektif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

1. Bahagian Pembangunan Kemahiran.

  • Memastikan 75% calon yang ditawarkan melaporkan diri;
  • Memastikan kurang daripada 20% borang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;
  • Memastikan lebih daripada 90% pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan
  • Memastikan lebih daripada 95% pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil pencapaian.

2. Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.

  • Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua kali setahun.

3. Cawangan Latihan

  • Melaksanakan 90% program latihan yang dirancang.

4. Cawangan Kewangan.

  • Menilai prestasi pembekal dalam tempoh dua kali setahun.

5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.

  • Menawarkan 20 kursus dalam tempoh setahun setahun; dan
  • Memberi latihan kepada 100 peserta dalam masa setahun.

6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

  • Memastikan 95% daripada pelatih mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).
  • Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;
  • Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa.
  • Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan
  • Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.